Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKR Sarawak jamin tiada penyelenggaraan skala besar semasa Aidilfitri
  • TEMPATAN

JKR Sarawak jamin tiada penyelenggaraan skala besar semasa Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Dr Cassidy Morris bersama warga JKR lain merakam gambar bersama para media selepas Sesi Libat Urus Bersama Media Sarawak dan Rakan Strategik di salah sebuah hotel di Kuching, hari ini.

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memberi jaminan bahawa tiada kerja penyelenggaraan berskala besar akan dilaksanakan di lebuh raya dan jalan utama negeri ini sepanjang perayaan Aidilfitri bagi memastikan kelancaran trafik.

Pengarah JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris berkata semua kerja penyelenggaraan utama telah diselaraskan untuk diselesaikan sebelum perayaan bagi mengelakkan kesesakan trafik.

“Memang kita tidak boleh melakukan aktiviti penyelenggaraan besar semasa perayaan.

“Oleh sebab itu, semua kerja penyelenggaraan utama dilaksanakan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Libat Urus Bersama Media Sarawak dan Rakan Strategik di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau menambah, arahan telah diberikan kepada kontraktor, pegawai JKR serta pihak konsesi bagi memastikan pematuhan terhadap ketetapan ini demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, katanya kerja penyelenggaraan kecil seperti menampal lubang jalan masih boleh dijalankan kerana ia tidak menjejaskan kelancaran trafik secara signifikan.

Langkah ini diambil bagi memastikan pergerakan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan lebih lancar tanpa gangguan akibat kerja penyelenggaraan berskala besar.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata semua kerja penyelenggaraan jalan membabitkan penutupan lorong di lebuh raya akan dihentikan sementara bermula dari 24 Mac hingga 7 April ini bersempena dengan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tarikh penguatkuasaan operasi semua agensi, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Majlis Khatam al-Quran platform perkukuh nilai spiritual, perpaduan
Next: Dasar Kualiti Kementerian perkukuh integriti, sistem perkhidmatan MUTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.