Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JKR diarah segera baik pulih jalan terhejas teruk – Uggah
  • SEMASA

JKR diarah segera baik pulih jalan terhejas teruk – Uggah

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan supaya segera membaiki jalan yang rosak akibat hujan lebat dan banjir yang melanda beberapa kawasan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata walaupun skala kerosakan jalan Pan Borneo belum dikenal pasti sepenuhnya, namun kerja baik pulih di kawasan yang kritikal perlu disegerakan

“Seperti di Jalan Mambong, hampir separuh jalan terputus. Kami akan melakukan pemulihan segera, dan begitu juga di seluruh bahagian untuk mengawasi jalan-jalan yang terjejas,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Batu Kawa di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam situasi mencabar, kerajaan Sarawak melalui jawatankuasa pengurusan bencananya sedang giat memindahkan mangsa banjir di Bintulu yang terjejas teruk.

“Dengan koordinasi yang efisien, mangsa banjir dapat dipindah segera ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dari bahagian Miri, Sibu dan Mukah.

“Purata hujan tahunan di Sarawak ialah 5,000mm, tetapi di Bintulu sahaja kini sudah mencecah 400mm dalam tempoh singkat, menyebabkan air naik mendadak,” katanya.

Uggah turut menyeru badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan untuk berhubung dengan jawatankuasa itu bagi memastikan bantuan disalurkan secara efisien kepada mangsa. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 5,385 orang
Next: JPBNS akan bincang isu Keselamatan kediaman lereng bukit – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.