KUCHING: H&L Sdn. Bhd. menderma sebanyak 20,000 penutup hidung dan mulut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Dan juga kepada golongan yang memerlukan di Kuching, semalam.
Menurut Pegawai Pemasaran H&L Retails Sdn Bhd, Lianny Bujang berkata, sumbangan terbabit sudah pastinya dapat membantu serta meringankan beban terutamanya golongan yang memerlukan terutamanya pada pandemik covid-19 ini.
“Ini adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh pihak kami, kerana kami peduli dengan keadaan masyarakat dan sebagai usaha untuk menghentikan penyebaran wabak Covid-19 di mana keperluan topeng muka ini sangat diperlukan.
Katanya, semenjak wabak Covid-19 ini bermula dari Januari 2020 , H&L telah mengambil tindakan proaktif bagi memastikan semua kakitangannya, pekerja dan kesihatan masyarakat sekeliling dalam keadaan kesihatan yang baik.
“Ini adalah termasuklah dengan memastikan pemeriksaan suhu diambil di semua pintu masuk premis H&L dan memastikan pelanggan mendaftar menggunakan aplikasi Qmunity atau MySejahtera.
“Kita juga memastikan pelanggan sentiasa mematuhi jarak fizikal ketika berada di dalam premis,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Lianny Bujang berkata, sekiranya menitikberatkan perkara-perkara yang kecil ia tidak akan menjadi masalah.
“Pihak kami percaya bahawa perkara-perkara yang kecil ini perlu dipraktikan supaya dapat mengekang penyebaran virus corona yang mana ianya boleh membawa maut.
“Di H&L juga, kami mahu setiap pelanggan kita selamat dan di dalam persekitaran gembira ketika membeli belah di premis kami.”Katanya.