Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM masih salur bantuan bekalan makanan ke Ulu Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

JKM masih salur bantuan bekalan makanan ke Ulu Marudi

Utusan Sarawak 4 months ago
BERGANDING BAHU… Menghantar bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir di empat kampung di bahagian Ulu Marudi.

MARUDI: Jabatan Kebajikan Marudi (JKM) meneruskan penyaluran bantuan  bekalan makanan kering kepada mangsa-mangsa banjir di empat kampung di bahagian Ulu Marudi.

Sebanyak 465 paket bantuan makanan tersebut dihantar menggunakan bot ekspres dengan bantuan tujuh agensi bagi memudahkan penghantaran bantuan berkenaan.

Empat kampung tersebut ialah Kampung Long Tisam A, Marudi menerima sebanyak 155 paket, Kampung Long Tisam C (225 paket), Kampung Takong (3 paket), dan Kampung Terang Kiri (481 paket).

Agensi yang terlibat menghantar bantuan berkenaan ialah Anggota Pertahanan Awam Malaysia seramai empat anggota, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Beluru (5 anggota), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA – 5 anggota ), Polis Diraja Malaysia (PDRM – 1 anggota ), Pejabat Daerah Kecil Tinjar (5 orang), Pejabat Daerah Beluru (5 orang), dan Pejabat Daerah Telang Usan (2 orang).

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba redah banjir bawa warga emas ke klinik
Next: JKM Bahagian Sibu agih 148 bakul makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.