Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jet pejuang tentera AS jatuh dalam laut
  • GLOBAL

Jet pejuang tentera AS jatuh dalam laut

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Jet F/A-18E sedang ditunda di dalam ruang hangar apabila kru penunda hilang kawalan ke atas pesawat, menyebabkan pesawat dan traktor penunda terjatuh ke laut.

WASHINGTON: Sebuah jet pejuang F/A-18E Super Hornet Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan “hilang” di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman, menurut Tentera Laut dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Semua kru disahkan selamat, dengan seorang kelasi mengalami kecederaan ringan.

“F/A-18E sedang ditunda di dalam ruang hangar apabila kru penunda hilang kawalan ke atas pesawat, menyebabkan pesawat dan traktor penunda terjatuh ke laut.

“Kru yang mengendalikan penundaan segera bertindak menjauhkan diri dari pesawat sebelum ia terjatuh ke laut. Siasatan sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Tentera Laut AS, sebuah jet pejuang F/A-18 bernilai kira-kira AS$67 juta.

Pasukan AS ditempatkan di rantau berkenaan sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap penilaian keselamatan serantau.

Tentera Laut memaklumkan bahawa kumpulan serangan dan sayap udara yang ditempatkan di kapal induk berkenaan masih berkeupayaan penuh untuk melaksanakan misi walaupun insiden berlaku.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Jet pejuang tentera laut AS ‘hilang di Laut Merah
Next: Anugerah TERA mencetuskan lonjakan global dalam inovasi tenaga dengan rekod tertinggi sebanyak 785 penyertaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.