Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jet Israel serang wilayah Bekaa
  • GLOBAL

Jet Israel serang wilayah Bekaa

Utusan Sarawak 2 months ago

BEIRUT: Jet tentera Israel hari ini melancarkan siri serangan udara di beberapa kawasan di selatan Lubnan, yang tertumpu di wilayah Bekaa Barat, lapor Anadolu Ajansi.  

Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan serangan udara Israel mengenai kawasan Libbaya di Bekaa Barat, dengan empat serangan dilakukan menggunakan dron tempur dan satu dilancarkan oleh jet F-16. 

Pesawat Israel turut menyasarkan Wadi Zlaya dan bukit Jbour di rantau yang sama, namun tiada kecederaan dilaporkan.  

Dalam serangan berasingan, satu serangan Israel dilaporkan di kawasan Sungai Litani berhampiran Deir Mimas di daerah Marjayoun, wilayah Nabatieh.  

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Lubnan mengesahkan bahawa seorang maut dan tiga lagi cedera dalam serangan udara Israel terhadap sebuah kenderaan di wilayah Nabatieh.

Dengan ini, jumlah korban serangan Israel sejak 8 Mac, meningkat kepada 10 orang manakala 13 cedera, menurut kementerian dan agensi tempatan.  

Media tempatan turut melaporkan bahawa sebuah dron Israel melancarkan peluru berpandu ke arah sebuah motosikal yang dinaiki dua orang di kawasan Al-Baydar, kejiranan Yohmor al-Shaqif.  

Tentera Israel dalam kenyataan mendakwa telah mengebom dua anggota Hizbullah di kawasan Yohmor, dengan mendakwa mereka berperanan sebagai “pemerhati yang mengarahkan operasi musuh,” namun tidak mengemukakan sebarang bukti.  

Satu gencatan senjata rapuh dikuatkuasakan di Lubnan sejak November 2024, menamatkan pertempuran rentas sempadan selama berbulan-bulan antara Israel dan Hizbullah.

Pihak berkuasa Lubnan melaporkan hampir 1,100 pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel, termasuk mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 92 orang dan mencederakan lebih 285 yang lain.  

Di bawah perjanjian gencatan senjata, Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan menjelang 26 Jan, tetapi tarikh akhir itu dilanjutkan ke 18 Februari selepas Israel enggan mematuhi perjanjian.

Israel masih mengekalkan kehadiran tenteranya di lima pos sempadan.  — BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Terkini: Israel serang Gaza
Next: Terkini: Serangan Israel korbankan 110 penduduk Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.