Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jerman pertimbang masa depan Nagelsmann selepas tersingkir awal di Piala Dunia
  • SUKAN

Jerman pertimbang masa depan Nagelsmann selepas tersingkir awal di Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
MASA depan Nagelsmann jadi tanda tanya selepas Jerman tersingkir awal.

BERLIN: Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) Bernd Neuendorf masih belum memutuskan masa depan Julian Nagelsmann sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan ketika badan induk itu memulakan penilaian terhadap penyingkiran awal Jerman daripada Piala Dunia FIFA selepas tewas kepada Paraguay, menurut DFB pada Selasa, lapor Xinhua.

Neuendorf berkata beliau mengadakan perbincangan panjang dengan Nagelsmann serta barisan kepimpinan sukan yang diketuai Andreas Rettig dan Rudi Voller susulan “kekalahan yang amat mengecewakan” dan penyingkiran pasukan itu daripada kejohanan berkenaan.

“Kami bersetuju bahawa prestasi di Piala Dunia ini tidak memenuhi standard kami,” kata Neuendorf sambil menambah DFB akan mengambil masa beberapa hari akan datang untuk meneliti punca pasukan itu gagal mempamerkan potensi sebenar dan tidak memenuhi jangkaan.

“Kami tidak boleh dan tidak mahu meneruskan seperti biasa selepas kegagalan seperti ini ketika menghadapi tugasan yang bakal menanti,” katanya.

Juara Piala Dunia empat kali, Jerman, tewas 4-3 kepada Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pusingan 32 Piala Dunia.

Nagelsmann, yang masih mempunyai kontrak sehingga kejohanan bola sepak Eropah 2028 (Euro 2028), berkata selepas perlawanan itu bahawa beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan, namun memahami tekanan yang datang bersama tugas itu.

“Saya sememangnya bukan seorang yang akan melarikan diri, tetapi sudah tentu saya tahu bagaimana bola sepak berfungsi.

“Saya mempunyai kontrak dan bersedia berkhidmat, tetapi pada akhirnya saya tahu bagaimana dunia bola sepak berfungsi,” katanya.

Nagelsmann mengambil alih tugas daripada Hansi Flick pada September 2023.

Kekalahan pada Isnin itu menyaksikan Jerman tersingkir lebih awal daripada Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, disebut-sebut sebagai calon utama sekiranya DFB memutuskan untuk mencari pengganti Nagelsmann. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Haaland penjaring gol terbaik dunia selepas sekali lagi muncul wira Norway
Next: Haaland jaringkan gol kemenangan, bawa Norway bertemu Brazil di pusingan 16 terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.