Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jerayawara Bubur Lambuk eratkan hubungan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Jerayawara Bubur Lambuk eratkan hubungan masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
KONGSI REZEKI… Royston Valentine serta yang lain merakam gambar semasa Program Jerayawara Bubur Lambuk anjuran Saberkas Cawangan Tellian di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Tellian, hari ini. Foto UKAS

MUKAH: Program Jerayawara Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Tellian berlangsung dengan meriah di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Tellian, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine hadir bagi menyempurnakan program tersebut, yang bermula pada 2.00 petang.

Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk sekitar, termasuk kepada jemaah yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Setia Raja Mukah.

Menurut Royston, program seperti itu bukan sahaja mengeratkan hubungan masyarakat tetapi juga mencerminkan semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk setempat, terutama semasa Ramadan yang penuh keberkatan.

Program itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tellian, Skuad Antidadah Daerah Mukah, Kelab Trendak, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dan WEIDA. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komited bantu golongan memerlukan
Next: Paras air di Sarikei terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.