Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jentera penyudah tumpul
  • SUKAN

Jentera penyudah tumpul

Utusan Sarawak 5 years ago

FAIZAL BUJANG

LIGA M3 2020

PENGEMUDI Sarawak United II, Sam Timbe mengakui kegagalan jentera serangan menjaringkan sebarang gol disifatkan antara salah satu faktor penyumbang kekalahan tipis (1-0) pasukannya ketika menentang Melaka United FC pada aksi buka tirai kempen Liga M3 2020 di Stadium Sarawak, Petra Jaya malam kelmarin.

“Perlawanan yang cukup sengit sekali sepanjang tempoh perlawanan.

“Kita mempunyai banyak peluang terbaik cuma penyerang kami tidak berupaya untuk menjaringkan sebarang gol,” ujar Sam ketika mengulas persembahan anak-anak buahnya.

Menurut Sam, jika deretan peluang dimiliki barisan serangan berjaya menghasilkan gol mungkin segalanya akan berubah.

“Itulah kelemahan yang ketara saya lihat. Apa pun, saya percaya masalah ini tidak berlarutan untuk perlawanan mendatang,” tambah Sam lagi.

Gol tunggal Melaka United FC malam kelmarin dijaringkan Amirul Syafiq Abdul Rahim minit ke-58.

Selepas ini Sarawak United II akan menentang kelab PIB FC di Stadium Mini Shah Alam pada 15 Mac.

Continue Reading

Next: Lahir lebih ramai jaguh sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.