Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Jengkaut terbakar 30 peratus
  • KEBAKARAN

Jengkaut terbakar 30 peratus

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA BBP Petra Jaya menggunakan 20 minit memadamkan kebakaran pada sebuah jengkaut di Jalan Tun Dato Abang Haji Mohd Salahudin, berhampiran Masjid Darul Hana, Petra Jaya, awal pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

PETRA JAYA: Sebuah jengkaut mengalami kebakaran di Jalan Tun Dato Abang Haji Mohd Salahudin, berhampiran Masjid Darul Hana, Petra Jaya, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada 4.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

Jentera bomba tiba pada 5.00 pagi dan mendapati jengkaut tersebut telah terbakar sebanyak 30 peratus. 

Pasukan operasi yang diketuai PBK I Pero Guyuh segera menjalankan pemadaman menggunakan teknik attacking bagi mengawal api daripada merebak.

Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden ini. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 20 minit, dan anggota bomba beredar dari lokasi selepas memastikan keadaan selamat.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Amanda L.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah separuh kekal dua tingkat, kereta, motosikal musnah terbakar
Next: Kereta musnah terbakar di Jalan Padang Kerbau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.