Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jenazah Zayn Rayyan selamat dikebumikan
  • JENAYAH

Jenazah Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 1 year ago
ORANG ramai hadir pada upacara pengkebumian allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme, di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9 Damansara Damai, semalam. Selepas dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10.00 malam tadi. FotoBERNAMA

PETALING JAYA: Jenazah kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini, malam tadi.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri oleh ibu bapa, keluarga terdekat dan kenalan rapat kanak-kanak itu.

Menantu kepada pengasuh Zayn Rayyan, Zaiton Abd Aziz, 54, dilihat tidak dapat menahan sebak apabila melihat jenazah kanak-kanak berusia enam tahun itu dikebumikan.

“Ketika ibunya ambil Zayn Rayyan dari sekolah, mereka selalunya akan singgah bermain buaian selama 10 minit berdekatan rumahnya.

“Pada hari kejadian, dia macam nak main lebih lama tapi pada masa sama, maknya mengejar masa sebab nak kembali ke pejabat,” katanya kepada Bernama.

Selepas Zayn Rayyan dilaporkan hilang tengah hari Selasa di Damansara Damai, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di dalam anak sungai berhampiran kawasan rumahnya pada kira-kira 10.00 malam tadi.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian kanak-kanak itu dan keterangan ibu bapa mangsa akan diambil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kecederaan di leher serta badan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pesara tentera rugi RM125,000 diperdaya ‘phone scam’
Next: Enam termasuk presiden sebuah NGO disyaki terbabit kes jual darjah kebesaran palsu ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.