Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan, Pahang
  • JENAYAH

Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan, Pahang

Utusan Sarawak 10 months ago
ANGGOTA Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang selepas dituntut oleh ahli keluarganya di hospital di sini, hari ini.

Abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, ketika dihubungi media berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, petugas media mula berkumpul sejak 8 pagi, di sekitar perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan perkembangan berkaitan kes berkenaan.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6.00 petang, kelmarin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan – Polis
Next: Kes keropok beracun, pekebun dibebaskan dengan jaminan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.