Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • JDT, Kuching City FC diundi dalam kumpulan berbeza bagi ACC 2026/2027
  • SUKAN

JDT, Kuching City FC diundi dalam kumpulan berbeza bagi ACC 2026/2027

Utusan Sarawak 2 hours ago
PASUKAN Kuching City FC.

KUALA LUMPUR: Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC tidak akan bersemuka pada saingan peringkat kumpulan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2026/2027, apabila masing-masing diundi dalam kumpulan berbeza pada pengundian yang dilakukan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) hari ini. 

AFF dalam kenyataan memaklumkan JDT diundi dalam Kumpulan B bersama Port FC dari Thailand, Lion City Sailors FC (Singapura), Công An Hà Nội FC (Vietnam), PKR Svay Rieng FC (Kemboja), Persib Bandung (Indonesia) serta pemenang Play-Off 2.

Sementara itu, Kuching City FC yang membuat penampilan sulung dalam saingan berprestij peringkat ASEAN itu, diletakkan dalam Kumpulan A bersama Buriram United FC dan Ratchaburi FC dari Thailand, Tampines Rovers FC (Singapura), pemenang Piala Vietnam, Borneo FC Samarinda (Indonesia) serta pemenang Play-Off 1.

Empat pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung secara timbal balik.

Sementara itu, peringkat separuh akhir dan final juga akan menyaksikan setiap pasukan yang layak beraksi secara timbal balik bagi penentuan juara.

ACC 2026/2027 menghimpunkan kelab-kelab terbaik Asia Tenggara dan dijangka berlangsung mengikut format liga satu pusingan pada peringkat kumpulan, sebelum saingan diteruskan ke peringkat kalah mati. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Diallo hadiahkan kemenangan mengejut Ivory Coast ke atas Perancis
Next: Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal Malaysia di separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.