EARL ANEK
SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei telah mengadakan latihan pengukuhan pemakaian alat bantuan pernafasan (BA) bagi bulan April, pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, latihan tersebut diadakan untuk melatih ketahanan fizikal dan mental pasukan bomba.
“Latihan ini merupakan latihan pengukuhan untuk pemakaian alat bantuan pernafasan pasukan bomba.
“Tujuannya bagi membiasakan pasukan bomba dengan alat bantuan pernafasan ketika berada disituasi operasi sebenar yang mencabar,” katanya.
Beliau berkata, demikian ketika dihubungi pemberita, petang semalam.
Katanya, seramai tujuh anggota bomba dari pasukan Alpha BBP Sarikei menyertai latihan pengukuhan tersebut.
“Penyelia pasukan untuk pasukan Alpha ialah PBK II Mijan Pamin.
Latihan diadakan pada jam 9.30 pagi hingga jam 9.45 pagi. Pasukan Alpha berjalan kaki di sekitar kawasan BBP Sarikei sambil memakai alat bantuan pernafasan,” ujarnya.