Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • JBPM laksana Medevac pesakit remaja dari Long Itam, Baram ke Hospital Miri 
  • KESIHATAN

JBPM laksana Medevac pesakit remaja dari Long Itam, Baram ke Hospital Miri 

Utusan Sarawak 4 hours ago
JBPM laksana Medevac pesakit remaja dari Long Itam, Baram ke Hospital Miri. Foto TVS.

KUCHING: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) di kawasan pedalaman bagi membawa seorang pesakit lelaki berusia 18 tahun dari Long Itam, Baram ke Hospital Miri untuk rawatan segera. 

Penolong Penguasa Bomba Norhasdi Ismail dari Pangkalan Udara Wilayah Sarawak JBPM berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Pejabat Residen Miri bagi memindahkan remaja tersebut yang dalam keadaan kritikal kerana jangkitan serius di bahagian abdomen. 

Beliau berkata helikopter Mi-171 dari Pangkalan Udara Wilayah Sarawak JBPM Miri digerakkan ke lokasi pada 10.00 pagi dengan kekuatan sembilan kru bersama tiga pegawai kesihatan dari Hospital Miri.

“Pesawat tiba di Long Itam pada 11.15 pagi tadi lalu membawa pesakit, Wilfrel Thomas, sebelum mendarat di Lapangan Terbang Miri pada 12.13 tengah hari.

“Setibanya di sana, pesakit diserahkan kepada pasukan ambulans yang telah bersedia untuk dibawa ke Hospital Miri bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhasdi berkata, operasi penerbangan pada ketinggian 1,000 kaki itu berjalan lancar dengan keadaan cuaca baik serta tapak pendaratan yang sesuai di Long Itam. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Penguatkuasaan Akta 852: KKM periksa lebih 680,000 premis di seluruh negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.