Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jari kanak-kanak tersangkut pada lubang sinki
  • NASIONAL

Jari kanak-kanak tersangkut pada lubang sinki

Utusan Sarawak 5 years ago

JOHOR BAHRU: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Mersing berjaya membantu mengeluarkan tunjuk jari seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut pada lubang sinki di rumahnya di Kampung Sawah Dato’ dekat Mersing, malam Isnin lepas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussien berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor (PGO) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 11.36 malam menerusi talian MERS 999.

“Seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke rumah Mohd Asyraf Hakimi Abd Rahman, 6, dan mendapati tunuk jari kanan kanak-kanak itu tersangkut pada lubang sinki,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Anuar berkata, anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak itu selepas memotong lubang sinki berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

Operasi tamat pada jam 12.07 tengah malam, katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas akan diambil
Next: Rumah terbakar, budak lelaki rentung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.