Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • “Jangan tapok, timbus paip pecah” – Julaihi Narawi
  • TEMPATAN

“Jangan tapok, timbus paip pecah” – Julaihi Narawi

Utusan Sarawak 2 years ago

TAKLIMAT... Datuk Julaihi Narawi merakam gambar bersama yang lain ketika lawatan ke tapak Projek Bakong, Projek Miri Fasa 2 di Miri, semalam.

MIRI: Pihak kontraktor diingatkan ‘jangan tapok dan timbus’ paip pecah sehingga berlaku masalah bekalan air dihadapi oleh pengguna, kata Menteri Ultiliti dan Telekumunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada  lawatan kerja ke tapak projek ‘Program Grid Bekalan Air Sarawak – Kawasan Tekanan Cadangan Pembangunan Sumber Bekalan Air Miri Fasa 2, Miri di WPC 11, Pan Borneo, Tapak Projek Bekenu di sini, semalam.

Katanya, masalah bekalan air ialah daripada pihak kontraktor yang menjalankan kerja di tapak lapangan sehingga berlaku sentuhan kepada paip dan menyebabkan kebocoran.

“Ini menyebabkan masalah bekalan air di kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berkaitan.

“Jangan ditimbus, ada juga aduan mengatakan sub kontraktor ini menimbus paip ‘ditapoknya’ (bahasa Sarawak) supaya mereka tidak dikatakan menyebab kerosakan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, kerosakan paip ini tidak dapat disembunyikan lagi kerana pengguna tidak menerima bekalan air dan kita akan mencari Unit Pan Borneo dan kontraktor.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak Unit Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengawasi kerja di tapak lapangan supaya tidak berlaku sentuhan atau kerosakan paip.

“Kalau secara tidak sengaja sentuhan berlaku paip pecah, kita mohon supaya kontraktor bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak berkaitan dengan segera,” katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kompleks UNIFOR dijangka siap tahun depan
Next: Sediakan persekitaran kondusif bagi industri EV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.