Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan sebar maklumat palsu
  • TEMPATAN

Jangan sebar maklumat palsu

Utusan Sarawak 4 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjawab soalan para wartawan semasa sesi sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Penyerahan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang BKKS 6.0 di Pekarangan Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Para pengguna media sosial diingatkan untuk tidak menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pelbagai pihak.

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg apabila diminta untuk mengulas isu tular di media sosial yang berlaku di kawasan Sungai Plan Bintulu.

Beliau berkata, pengguna media sosial perlu lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan dan tidak menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia menghadapi pandemik Covid-19 ini.

“Saya minta pengguna media sosial bertanggungjawab sekiranya hendak mengeluarkan kenyataan dan setiap hantaran biarlah berasaskan kepada fakta,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki, semalam.

Beliau juga memaklumkan, masalah tersebut telah ditangani Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: BKSS RM1.4 BILION HARUNGI WABAK
Next: Pendekatan komuniti dalam menangani pandemik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.