Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jangan salah guna dana RTP untuk tujuan lain
  • WILAYAH

Jangan salah guna dana RTP untuk tujuan lain

Utusan Sarawak 8 months ago

Teo menyampaikan dana kepada penerima.

SIBU: Lapan penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menerima dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM211,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Sri Tiong King Sing, baru-baru ini. 

Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) cawangan Dudong, Datuk Teo Boon Siew menyampaikan cek tersebut bagi pihak Tiong yang juga Presiden PDP.

Dalam ucapan ringkasnya, Teo mengingatkan penerima supaya menggunakan dana tersebut untuk projek yang dimohon. 

“Pastikan anda menggunakan dana sewajarnya. Jangan gunakannya untuk tujuan lain, kerana anda perlu menunjukkan semua transaksi peruntukan.

“Jika anda memohon pengubahsuaian dapur, gunakannya untuk pengubahsuaian dapur. Anda perlu memberikan kami gambar sebelum dan selepas serta semua butiran,” jelasnya kepada penerima dana RTP.

Katanya, audit akan menyemak semua urus niaga dana di pusat perkhidmatan itu pada setiap akhir tahun.

“Jika anda tidak memberikan butiran dan transaksi kepada kami, pada masa hadapan, jika anda memohon sebarang bantuan daripada kami, permohonan anda mungkin ditolak,” katanya.

Antara penerimanya ialah lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Nyudang Nyalin, JKKK Rumah Sadiah Kambin, JKKK Rumah Jenny Edwin Yap, JKKK Rumah Manari Asap, JKKK Kampung Kedada, Sibu, Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Guong Ming, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sibu Jaya dan Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Thian Hua. 

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Majlis kesyukuran Amcorp hargai kejayaan Pesta Air Sibu Jaya 2024
Next: SK Abang Ali, Koperasi sekolah bantu mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.