Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat – Dr. Sim
  • TEMPATAN

Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat – Dr. Sim

Utusan Sarawak 3 years ago
RASMI… Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan ahli SUPP yang lain hadir bagi perasmian video calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Dewan SUPP, di Kuching, semalam.

KUCHING: “Usah memandang rendah kebijaksanaan rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka kerana mereka mampu menilai dengan baik rekod kerja kita,” kata Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Jelasnya, pilihan raya tidak seharusnya dijadikan ruang untuk mengeluarkan ‘kotak simpati’ dengan meraih hati rakyat hanya dengan manifesto namun, ia merupakan peluang untuk rakyat bagi memilih wakil untuk bersuara serta memegang tampuk pimpinan.

“Pihak pembangkang hanya mampu mengeluarkan manifesto tanpa pelan perancangan semata-mata untuk meraih undi rakyat.

“Oleh yang demikian, para pengundi seharusnya mengkaji dan menilai kejayaan yang telah mereka (parti pembangkang) buat sebelum mempercayai manifesto mereka yang hanya menuding jari kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perasmian video calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Dewan SUPP, di sini, semalam.

Tambahnya lagi, rakyat memerlukan pemimpin yang tidak hanya bekerja keras namun juga bijak.

“Bagi mewujudkan pembangunan dan menyelesaikan isu dalam kalangan rakyat, seorang wakil rakyat juga perlu bijak dalam merancang dan tidak hanya ‘tengok saja’ penderitaan rakyat.

“Pihak pembangkang jelas tidak mempunyai perancangan yang rapi dan mereka hanya mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar bagi menarik perhatian.

“Justeru, berilah saya dan GPS peluang untuk menjadi wakil rakyat untuk menjadikan Batu Kawah, Kuching dan seluruh Sarawak menjadi negeri yang maju,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: GEDONG DAERAH BAHARU
Next: Gedong bakal jadi bandar satelit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.