Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jangan klik pautan palsu berkaitan STR – Fahmi
  • SEMASA

Jangan klik pautan palsu berkaitan STR – Fahmi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Facebook Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.

“Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini pautan scammer.

“Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya hanya merujuk laman sesawang rasmi kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.

Sejak semalam, tular menerusi aplikasi WhatsApp satu mesej mengandungi pautan untuk orang ramai membuat semakan dan tuntutan STR. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan, negeri perlu sedia hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM Anwar
Next: BeBAs: 22 notis kesalahan dikeluarkan bawah Akta 852 – Lukanisman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.