Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jamit turun padang agih bantuan
  • TEMPATAN

Jamit turun padang agih bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat turun padang memastikan proses pengagihan bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan lancar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram.

Beliau telah meluangkan masa sejak beberapa hari lalu bagi memastikan bekalan bantuan tersebut sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Sehingga semalam, Jamit telah mengedarkan bantuan makanan sebanyak 1,732 set kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dari 72 buah rumah panjang di kawasan tersebut.

Penerima dalam fasa pertama ialah, KIR dari Kampung Melayu Baru, Kampung Muhibbah Bletih, Kampung Bistari Bletih, Kampong Cina Bletih, Kampung Cina Bukit Goram, Rumah Ali dan Rumah Richard dari Genturong Jalan Puan Sri Tiong, diikuti Sungai Sesibau, Sungai Kapit, Sungai Yong, Nanga Tulit – Nanga Baleh, Sungai Batang Rajang.

Penerima seterusnya adalah KIR Sungai Belawai, Sungai Melipis, Sungai Ibau, Sungai Goh, Nanga Nyikau, Nanga Sebatu, Sungai Seranau, Nanga Man, Rumah Bundun.

Pada Isnin lalu, menyaksikan pengagihan bantuan kepada 415 KIR dari 18 buah rumah panjang di Sungai Yong.

Rumah panjang penerima adalah Rumah Janduk, Rumah William Unchat, Rumah Untang, Rumah Lapek, RumahMemalok, Rumah Semut, Rumah Manok Manchak, RumahEmpawie, Rumah Rolland Banggau, Rumah Nyadang, Rumah Bena, Rumah Geroge, Rumah Angkin, Rumah Sargin, Rumah Sana, Rumah Ekau, Rumah Landie dan Rumah Garau.

Manakala pada Selasa lepas, Jamit melakukan perjalanan dengan menaiki perahu panjang ke Nanga Tulie di Nanga Baleh di sini untuk menghantar bantuan makanan kepada 76 KIR dari empat rumah panjang iaitu Rumah Riti, Rumah Gaing, Rumah Moses dan Rumah Ayu.

Turut sama membantu Jamit untuk mengagihkan bantuan makanan tersebut ialah Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut, Pegawai Kebajikan Kapit, Dariel Thiong, Temenggong Wilfred Billy Panyau, Timbalan Walikota Majlis Daerah Kapit, Watson Awan, Ahli Majlis Daerah Kapit, Martin Bilun dan Penghulu Pasang Tubah.

Continue Reading

Previous: PBSM Limbang sumbang 4,000 unit penutup mulut, hidung
Next: Tindakan keras terhadap pesalah langgar PKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.