Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Penyat, Sepudun siap lebih awal daripada jadual asal
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Penyat, Sepudun siap lebih awal daripada jadual asal

Utusan Sarawak 6 months ago
PENYERAHAN projek siap antara pihak JKR Bahagian Sibu dan pihak kontraktor yang disaksikan oleh Ajan (kiri). 

SELANGAU: Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang menyaksikan upacara serah terima tapak projek siap di bawah Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan DUN Tamin, semalam.

Upacara tersebut turut melibatkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu di mana projek membina Jambatan Penyat, Sepudun telah berjaya disiapkan oleh kontraktor lebih awal daripada jadual asal.

Projek menaik taraf jalan tersebut dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan di bawah projek RTP DUN Tamin

Projek ini dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Sarawak di bawah projek RTP DUN Tamin.

Gira ketika dihubungi berkata, pelaksanaan projek sebegini akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan taraf dan gaya hidup penduduk rumah panjang.

“Jambatan yang siap dibina ini memberi impak besar kepada penduduk kawasan Sepudun, khususnya kerana jambatan tersebut menjadi akses utama untuk penduduk rumah panjang mengangkut hasil tani dan kelapa sawit ke pusat jualan terdekat,” katanya.

Beliau turut menekankan komitmen dalam meneruskan pembangunan infrastruktur di DUN Tamin, terutamanya dalam sektor ekonomi, akses jalan ke rumah panjang, dan kemudahan jalan kebun.

“Jika jalan-jalan di kawasan DUN Tamin semakin baik, saya yakin penduduk akan berpeluang meneroka pelbagai sektor perniagaan berasaskan pertanian di konstituensi ini,” tambahnya.

Gira turut menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan beliau yang berkualiti, yang mana turut membuka peluang kepada penduduk DUN Tamin untuk menikmati kemudahan melalui peruntukan RTP.

Turut hadir pada majlis itu ialah dua pegawai Pusat Khidmat DUN Tamin, Kaunselor Nyireng Saleh dan Kaunselor Ajan Dau.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSPT IPD Sibu promosi gaya hidup sihat
Next: Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.