Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan merentasi Sarikei-Tanjung Manis dibuka Jumaat depan
  • TEMPATAN

Jambatan merentasi Sarikei-Tanjung Manis dibuka Jumaat depan

Utusan Sarawak 2 months ago

Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis. Foto JKR Sarawak.

KUCHING: Sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, pengguna jalan raya di kawasan Tanjung Manis, Pulau Bruit, Sarikei, Daro dan Matu boleh menarik nafas lega apabila perjalanan mereka menjadi lebih singkat.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr Cassidy Morris berkata Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis akan dibuka kepada orang awam selepas majlis prapelancaran pada Jumaat depan, 28 Mac. 

“Bagaimanapun, kerja-kerja kecil di jambatan tersebut masih giat dijalankan.

“Oleh itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa melalui jambatan berkenaan dan mematuhi segala arahan lalu lintas yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama,” katanya seperti dilaporkan oleh TVS, semalam.

Sehubungan itu, beliau mewakili seluruh warga JKR Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan selamat sampai ke destinasi.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang dilaporkan berkata dengan pembukaan jambatan itu, pengguna dapat menjimatkan masa dan jarak perjalanan.

Mereka boleh meneruskan perjalanan dari Sarikei terus ke Tanjung Manis yang dijangka memakan masa hanya kira-kira 45 minit, berbanding dua hingga tiga jam perjalanan jika melalui Sibu seperti sekarang.

Continue Reading

Previous: Wakaf MARA bantu sedia kemudahan untuk generasi akan datang
Next: Persimpangan Jakar Pan Borneo dibuka menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.