Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Jalan Council dinaik taraf kepada jambatan besi
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Jalan Council dinaik taraf kepada jambatan besi

Utusan Sarawak 2 months ago
BAKAL DINAIK TARAF… Jambatan lama di Jalan Council, Jakar bakal dinaik taraf. Foto UKAS

SARIKEI: Jambatan lama di Jalan Council, Jakar yang menjadi laluan utama penduduk setempat bakal dinaik taraf kepada jambatan besi dengan kos anggaran sebanyak RM350,000.

Proses tender bagi pelaksanaan projek ini dijangka dimulakan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan hasil permohonan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Menurut Tiong Sii, projek ini amat penting kerana jambatan berkenaan bukan sahaja digunakan secara harian oleh penduduk tempatan, malah menjadi laluan alternatif yang menghubungkan beberapa kawasan sekitarnya.

“Kita amat prihatin terhadap keselamatan penduduk, lebih-lebih lagi apabila jambatan sedia ada semakin uzur. 

“Maka, pembinaan jambatan besi ini adalah langkah proaktif demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke tapak jambatan tersebut bersama Ketua Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Awan Amal; Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Wong Zee Yeng; Jurutera Majlis Daerah Sarikei, Bobari Bilong Nelson Epoi serta pasukan pusat khidmat beliau, baru-baru ini.

Dalam tinjauan itu, pelbagai cadangan teknikal turut dibincangkan bagi memastikan reka bentuk jambatan yang akan dibina kelak menepati keperluan dan spesifikasi keselamatan semasa.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk kampung baiki sendiri jalan rosak
Next: RTP bukti kerajaan perkasa infrastruktur luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.