Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalin kerjasama promosi Sarawak menerusi ciptaan, produk seni
  • WILAYAH

Jalin kerjasama promosi Sarawak menerusi ciptaan, produk seni

Utusan Sarawak 2 years ago
Joseph Chieng Jin Ek melawat gerai pameran pada program Microwave ‘Run This Town’ Edisi Julai di Sibu Heritage baru-baru ini.
 

SIBU: Seniman muda digalakkan mempromosikan keunikan dan keindahan Sarawak kepada dunia melalui ciptaan dan produk seni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek berkata, bagi mencapai hasrat itu, seniman muda perlu menjalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan, kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sentiasa menyokong golongan belia khususnya dalam industri kreatif dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan geran selain penyediaan platform untuk belia mempamerkan bakat dan produk masing-masing.

“Kerajaan mendokong karya dengan menghargai bakat, industri kreatif, produk, filem dan komik hasil seniman muda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan pada program Microwave ‘Run This Town’ Edisi Julai di Sibu Heritage baru-baru ini.

Tambahnya, beliau percaya artis muda mempunyai idea dan kreativiti yang hebat, namun cabaran mereka ialah mempromosikan produk tersebut yang bukan sahaja di Sarawak, dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

“Ia bergantung kepada bagaimana anda boleh mengubahnya, unsur-unsur Borneo, melalui persembahan kreatif anda di sini, kepada produk yang boleh dijual di peringkat antarabangsa, membolehkan orang ramai menyaksikan keindahan Sarawak.

“Sebab itu saya rasa semuanya bergantung kepada anda, minda muda yang sangat kreatif di sini,”ujarnya.

Chieng berharap program ini dapat diperluaskan penyertaannya dengan lebih ramai lagi artis muda tempatan yang turut menyertainya.

Sementara itu, kurator program Christopher Ling berkata, program itu dianjurkan buat kali kelima bagi menyediakan platform atau suasana mesra kepada artis, pencinta seni dan budaya di sini.

“Program seperti ini sudah banyak dilakukan di Kuching tetapi masih baharu bagi masyarakat di Sibu yang mana kami menyasarkan pencinta seni tidak kira usia,” katanya.

Oleh Tarani Lanting 

Continue Reading

Previous: KKM usaha tangani isu kekurangan pakar libatkan Hospital Sibu
Next: Pasukan Todak Berjaya milik NHK Legacy, julang ‘Raja Sungai’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.