Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan utama bandar Betong ditutup sementara sempena perarakan Gawai Dayak, esok
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan utama bandar Betong ditutup sementara sempena perarakan Gawai Dayak, esok

Utusan Sarawak 3 hours ago
LALUAN perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong sepanjang 1.8 kilometer, esok. Foto: IPD Betong.

​BETONG: Beberapa jalan utama di sekitar bandar Betong akan ditutup secara sementara esok bagi melancarkan pergerakan acara sambutan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong bagi tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Betong.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, penutupan jalan sementara itu akan dibuat secara berperingkat bermula seawal 6.30 pagi sehinggalah perarakan berkenaan selesai sepenuhnya. 

Acara perarakan itu sendiri dijadualkan bermula pada 7.00 pagi dan dijangka tamat sekitar 10.00 pagi, dengan tempoh penutupan jalan dianggarkan antara dua hingga tiga jam mengikut kesesuaian keadaan semasa. 

Jalan-jalan yang terlibat akan dibuka semula secara berperingkat selepas kesemua peserta melalui laluan yang ditetapkan dan keadaan disahkan selamat.

​Laluan yang terjejas melibatkan Jalan Temenggong Montegrai di sepanjang Rumah Rehat Betong atau Dewan Panglima Rentap, Jalan Sie Meng Chaw, Jalan Betong, Jalan Pasar Lama Betong, Jalan Yong Shaw Nen dan Jalan Siew Kwang Ngak. 

“Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi melancarkan perjalanan mereka iaitu Jalan Spine Pasar Medan, Jalan Tanjung Assam, dan Jalan Kampung Melayu Betong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​DSP Wan Mohamad Ali berkata, pihaknya akan mengambil langkah-langkah kawalan serta pengurusan trafik yang ketat bagi memastikan keselamatan peserta perarakan dan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara. 

“Kerjasama serta kesabaran orang ramai sepanjang tempoh penutupan jalan ini amat dihargai demi menjayakan sambutan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026.

“Dan masyarakat dinasihatkan agar merancang perjalanan sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tradisi ngabang perkukuh perpaduan masyarakat Sarawak
Next: Eksklusif: Ranyai warisan unik terus mewarnai Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.