Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jalan Klait-Entanggor Fasa 2-Sebuyau siap
  • SEMASA

Jalan Klait-Entanggor Fasa 2-Sebuyau siap

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Julaihi Narawi semasa menyempurnakan pembukaan rasmi Jalan Klait-Entanggor Fasa 2-Sebuyau berharga RM27 juta dekat Sebuyau semalam.

SEBUYAU: Meskipun sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi tetap meluangkan masa merasmikan Dewan Masyarakat Kampung Entanggor di sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu turut berkesempatan menyempurnakan pembukaan rasmi Jalan Klait-Entanggor Fasa 2-Sebuyau.
Untuk rekod, peruntukan pembinaan projek jalan tersebut adalah sebanyak RM27 juta dan sepanjang sembilan kilometer.

Projek jalan tersebut diluluskan pada 11 April 2012 dan siap pada 22 April 2014.

Sementara itu, semasa berucap pada majlis tersebut, Julaihi memberitahu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM650,000 bagi pembinaan dewan tersebut.

Justeru beliau berharap, penduduk kampung dapat menggunakan kemudahan dewan tersebut dengan sebaiknya.

“Selain itu, kerajaan negeri juga banyak meluluskan peruntukan jalan dari kampung ke kampung dan ini adalah antara usaha kerajaan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat,” jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada JKK Kampung Entanggor dan RM5,000 kepada Persatuan Wanita Kampung Entanggor.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Uggah sumbang peralatan kepada SK Spaoh
Next: KM terima kunjungan Richard Riot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.