Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan 780 meter terjejas banjir dinaik taraf dengan kos RM2.5 juta
  • WILAYAH

Jalan 780 meter terjejas banjir dinaik taraf dengan kos RM2.5 juta

Utusan Sarawak 3 months ago

TIANG ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Tahun Baharu Cina oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya, di Sibu hari ini.

SIBU: Jalan sepanjang 780 meter yang terjejas akibat banjir di Jalan Ling Kai Ching akan dinaik taraf dengan kos sebanyak RM2.5 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, projek tersebut akan dilaksanakan di bawah peruntukkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Kebiasaannya apabila kita bertemu pada waktu perayaan sebegini, kita juga mengemukakan isu tertentu, isu-isu tempatan, untuk melaporkan kepada Premier Sarawak terutamanya beberapa hari ini.

“Seperti yang kita tahuisu banjir, situasi di Sibu, saya memberi taklimat kepadanya (Premier Sarawak). Sudah tentu, tidak seteruk yang berlaku di Miri, Bintulu dan Kuching. 

“Sepertimana yang kita sedia maklum, Jalan Ling Kai Cheng ini terjejas akibat banjir beberapa hari lepas. 

“Tiada kereta boleh menggunakan jalan itu, dan ia adalah salah satu jalan utama yang menghubungkan tiga kawasan iaitu Bawang Assan, Nanga dan Pelawan dengan pusat bandar.

“Saya rasa bersyukur kerana Premier telah bersetuju dan memasukkannya di bawah projek pemulihan Nadma,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Tahun Baharu Cina oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya, di sini hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan memberitahu, Abang Johari juga memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta kepada bahagian bencana.

“Kemudian Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan RM12 juta. Jadi keseluruhannya sebanyak RM22 juta untuk bencana alam ini,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Permbangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Jalan utama di Daerah Matu ditenggelami air
Next: Bencana: Paras air di Tatau masih tinggi, tidak selamat balik ke rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.