Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jadikan Bario sebuah model kecemerlangan masyarakat majmuk
  • Utara
  • WILAYAH

Jadikan Bario sebuah model kecemerlangan masyarakat majmuk

Utusan Sarawak 2 months ago
UCAPAN… Datuk Gerawat Gala berucap pada majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Muslim Bario. Foto UKAS

BARIO: Keharmonian pelbagai etnik dan agama bukan hanya membawa kestabilan sosial, malah ia memperkukuh nilai kemanusiaan yang sejagat, menjadikan Bario sebuah model kecemerlangan dalam masyarakat majmuk.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, komuniti Islam di daerah kecil Bario terus dihargai atas sumbangan besar mereka dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.

Katanya, mereka memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan serta keharmonian pelbagai etnik dan agama.

HADIR… Sebahagian daripada tetamu yang hadir pada majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Muslim Bario. Foto UKAS

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Muslim Bario, anjuran Jawatankuasa Tetap Aktiviti Agama Islam Miri (JATEM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, di sini kelmarin.

Turut hadir, Residen Bahagian Miri Galong Luang, Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Bario Richard Usah, Presiden Persatuan RURUM Kelabit Sarawak Dato Dr Philip Raja serta Ketua Masyarakat Kelabit Kawasan Bario Pemanca Caleena Sakai. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 19 pengetua, guru besar sertai khatamal al-Quran
Next: IKMa Zon Sarawak anjur promosi turun padang latihan pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.