Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Isu tenaga kerja mahir, infrastruktur diberi perhatian
  • BISNES

Isu tenaga kerja mahir, infrastruktur diberi perhatian

Utusan Sarawak 4 years ago
SESI perjumpaan secara maya di antara kakitangan RECODA dan para pelabur di Taman Perindustrian Samalaju.

KUCHING: Dalam usaha untuk memastikan para pelabur di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu diberi perhatian sepenuhnya, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) telah mengadakan satu sesi perjumpaan secara maya dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat-syarikat yang beroperasi di taman ini kelmarin.

Dipengerusikan oleh Pengurus Pemudahcaraan dan Penyelarasan RECODA, Khairina Dawek, sesi ini juga dihadiri oleh antara lain Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Tan Sri Paul Koon, Ketua Pegawai Eksekutif OCIM Sdn Bhd Choi Sung Kil, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Phosphate Additives (Sarawak) Sdn Bhd Tiong Huo Chiong.

Dalam sesi perjumpaan tersebut, para pelabur mengutarakan keprihatinan terhadap isu tenaga kerja mahir dan infrastruktur yang memerlukan perhatian segera daripada RECODA untuk membantu mereka berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di dalam menyelesaikan isu-isu ini.

RECODA memberi jaminan kepada para pelabur ini bahawa ia akan cuba menyelesaikan isu-isu ini bersama dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Sesi perjumpaan ini adalah inisiatif RECODA untuk sentiasa berhubung dengan para pelabur untuk membantu di dalam pelaburan mereka.

Ditubuhkan pada 2008, Taman Perindustrian Samalaju yang merangkumi kawasan seluas 8,000 hektar telah menarik jumlah pelaburan sejumlah RM29.8 bilion dari pelabur asing dan juga tempatan.

Oleh CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Jaringan Prihatin ringankan beban 8.4 juta penerima BPR
Next: Peniaga kecila digesa beralih kepada digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.