Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI hanya akan keluarkan pandangan hukum – Mohd Na’im
  • SEMASA

Isu GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI hanya akan keluarkan pandangan hukum – Mohd Na’im

Utusan Sarawak 8 months ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bersalaman bersama tetamu yang hadir selepas merasmikan Majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 bagi Musim Haji 1446H, malam tadi. FotoBERNAMA

KOTA BHARU: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan bukan fatwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa MKI telah selesai membincangkan isu GISBH, dan hasil perbincangan itu akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja.

“Perkara itu akan dibawa ke Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Okt depan untuk mendapat perkenan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 Musim Haji 1446H di sini, malam tadi.

Pada 11 September lepas, menerusi Op Global,  polis mengadakan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan, yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tak campur tangan pengurusan Affin Bank – Abang Johari
Next: Subsidi petrol, diesel, bantuan sara hidup nelayan perlu diperluas – NEKMAT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.