Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu bekalan air di kawasan Durin segera ditangani
  • Tengah
  • WILAYAH

Isu bekalan air di kawasan Durin segera ditangani

Utusan Sarawak 7 months ago
LEMBAGA Air Sibu sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan kebocoran paip besi ‘Ductile Iron’ (DI) 600mm di lokasi selepas Jambatan Durin, Jalan Durin. 

SIBU: Isu bekalan air di kawasan Durin baru-baru ini, berpunca daripada kebocoran paip besi ‘Ductile Iron’ (DI) 600mm di lokasi selepas Jambatan Durin, Jalan Durin. 

Lembaga Air Sibu (LAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya segera memulakan usaha membaiki paip sebaik menerima aduan itu. 

“Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan tertangguh berikutan kedalaman paip menyebabkan sukar untuk mengesan titik bocor. Pembaikan berjaya disiapkan awal pagi ini, dan pengepaman disambung semula pada 4.00 pagi,” kata kenyataan itu. 

Dalam tempoh ini, menurut LAS, pihaknya akan menghantar lori tangki untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lebih tinggi dan titik akhir saluran paip. 

“Kami (LAS) menghargai pemahaman masyarakat dan mendapatkan kerjasama dalam memulihara air melalui penggunaan berhemat pada masa ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, lori tangki mereka (LAS) akan terus bersiap sedia untuk bertindak balas segera terhadap sebarang keperluan bekalan air.

“Kami akan meningkatkan komunikasi dengan masyarakat, menyediakan kemas kini berkala mengenai perubahan dan penambahbaikan perkhidmatan. 

“Melalui inisiatif ini, pihak kami menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian air dan keseluruhan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk,” kenyataan itu.

Untuk sebarang kemusykilan atau isu berkaitan bekalan air, sila hubungi talian hotline kami di 013-8106311. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sesi persekolahan SMK Lawas dibuka semula hari ini  
Next: Penghuni terkejut ular tedung selar ‘tumpang’ dalam almari  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.