Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu baik pulih jalan di kawasan Meluan dibincang bersama JKR
  • Tengah
  • WILAYAH

Isu baik pulih jalan di kawasan Meluan dibincang bersama JKR

Utusan Sarawak 2 months ago
RASMI… ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin merasmikan projek naik taraf Rumah Banat, Nanga Bulo, Ulu Kanowit. Foto Facebook Rolland Duat Jubin

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin telah mengadakan sesi perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya Sarikei, baru-baru ini.

Katanya, sesi perbincangan ringkas bersama-sama dengan pihak JKR Sarikei berkenaan dengan isu membaik pulih jalan di bawah seliaan pihak JKR untuk kawasan Meluan.

“Saya menekankan agar pihak JKR sentiasa memantau secara telus setiap baik pulih yang dilakukan oleh pihak kontraktor yang dilantik bagi memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang baik.

“Sesi ini turut dihadiri oleh Jurutera JKR Bahagian Sarikei, Ir Kennedy Kedo,” katanya di hantaran Facebooknya.

Tambahnya, pada sebelah petang, beliau bergerak ke Ulu Kanowit bagi majlis bersama rakyat di Rumah Banat, Nanga Bulo, Ulu Kanowit.

“Pada majlis ini juga saya turut merasmikan projek naik taraf rumah panjang tersebut yang telahpun siap.

“Peluang ini juga saya gunakan sebaiknya untuk mendengar keluhan serta beramah mesra dengan penduduk sekitar yang turut sama hadir,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Brian Fung, Pegawai Daerah Julau Minggu Jampong, ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), dan penduduk-penduduk sekitar.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ding, isteri ziarah beberapa kampung sempena Aidilfitri
Next: Kunjungan sebagai penghargaan pihak majlis kepada ketua masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.