NEWCASTLE: Newcastle memberikan tamparan besar kepada hasrat Arsenal untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan 1-0 seterusnya memberikan peluang kepada pemimpin Manchester City mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana.
Alexander Isak menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-12, selepas menanduk masuk hantaran lintang Anthony Gordon dari kanan.
Arsenal berjuang untuk mengeluarkan corak permainan mereka dan walaupun menguasai penguasaan bola, mereka hanya dapat menghasilkan satu percubaan tepat sepanjang perlawanan.
Anak buah Mikel Arteta kini hanya mengumpul satu mata dalam tiga perlawanan terakhir mereka ketika usaha untuk meraih gelaran semakin tipis.
Jika juara bertahan City berjaya menang ke atas Bournemouth dalam satu lagi perlawanan lewat malam ini, mereka akan mendahului lapan mata di atas Gunners.
Liverpool kini satu mata di belakang City akan melayan kunjungan Brighton di Anfield.
Arsenal memberi tentangan hebat kepada City sepanjang dua musim lalu dan nampaknya bersedia untuk cabaran gelaran sekali lagi, tetapi jurang yang ada kini kelihatan membimbangkan.
Pasukan pelawat yang dihantui kecederaan memulakan perlawanan dengan baik dalam beberapa minit pertama di St James Park, menerusi percubaan Leandro Trossard.
Tetapi pasukan tuan rumah yang tidak menang selama lima perlawanan, cepat menyesuaikan diri dan penyerang Sweden, Isak berjaya melepasi Gabriel dan William Saliba untuk menyudahkan hantaran cantik Gordon minit ke-12.
Arteta memilih untuk tidak membuat sebarang perubahan pada babak kedua dan Newcastle hampir menggandakan kelebihan mereka menerusi percubaan Joe Willock namun berjaya diselamatkan oleh David Raya.
Keputusan ini menyaksikan Arsenal kini gagal mengutip kemenangan dalam tiga perlawanan selepas tumbang di tangan Bournemouth dan seri menentang Liverpool. – AFP.