Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Iran lancar satelit ‘Zol Janah’
  • GLOBAL

Iran lancar satelit ‘Zol Janah’

Utusan Sarawak 4 years ago
PELANCARAN satelit penyelidikan itu julung kalinya menggunakan roket pembawa dilengkapi teknologi enjin bahan api pepejal paling berkuasa. • Foto BERNAMA

TEHRAN: Iran berjaya melancarkan satelit ‘Zol Janah’ ke angkasa lepas, kata jurucakap Pertubuhan Aeroangkasa Ahmad Hosseini pada Isnin.

Pelancaran satelit penyelidikan itu julung kalinya menggunakan roket pembawa dilengkapi teknologi enjin bahan api pepejal paling berkuasa, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Satu kejayaan utama daripada pelancaran itu, Iran kini berjaya menghasilkan enjin bahan api padat paling berkuasa dengan kekuatan meluncur melebihi 750 tan, katanya.

Beliau berkata, pengurangan kos, meningkatkan kelajuan dan kemampuan pelancaran menggunakan platform mudah alih adalah antara ciri utama pembawa satelit ‘Zol Janah’.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Brigadier Jeneral Amir Hatami dalam ucapannya sempena Hari Teknologi Angkasa Negara berkata, Iran bejaya membuktikan kemampuan dalam menguasai sains dan teknologi canggih. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jururawat menang pertandingan tonton 60 filem sendirian
Next: 24 menteri, timbalan menteri kena pecat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.