KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian meningkat kepada 521 dan kini dikategorikan sebagai sangat merbahaya setakat 2.00 petang ini.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, empat lagi kawasan merekodkan bacaan pada tahap merbahaya iaitu Tebedu (377), Lubok Antu (329), Lundu (322) dan Kuching (311).
Sementara itu, Samarahan (284), Sri Aman (235) dan Kanowit (205) berada pada tahap sangat tidak sihat.
Sebanyak sembilan kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Betong dengan 186, Sarikei (182), Sibu (181), Mukah (177), Bintulu (157), Samalaju (146), Lawas (136), ILP Miri (122) dan Miri (96).
Kapit (89), Limbang (90) dan Bario (72) masing-masing berada pada tahap sederhana.
Oleh Adele Rissa




