Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Sibu guna satu jam setengah amal hidup sihat
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Sibu guna satu jam setengah amal hidup sihat

Utusan Sarawak 5 months ago
JOM SIHAT… Sekitar Program Gaya Hidup Sihat di IPD Sibu, semalam.

SIBU: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat, semalam.

Program tersebut berlangsung selama satu jam setengah bermula 6.30 pagi hingga 8.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, program itu yang bertemakan larian 2.4 kilometer telah diadakan di sekitar kawasan IPD Sibu.

Katanya, aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku disusuli Ibu Pertiwiku  dan diteruskan dengan senaman renggangan sebelum meneruskan larian 2.4 kilometer. 

“Sesi bergambar beramai-ramai bersama warga IPD Sibu diadakan selepas selesai sahaja program tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di dalam Facebook rasmi IPD Sibu.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf tempat letak kereta siap sepenuhnya
Next: KRT Kampung Muhibbah aktif jaga keselamatan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.