IPD Padawan adakan majlis serah tugas Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard

Facebook
WhatsApp
KPD Barry William menyaksikan serah terima tugas daripada ASP Adeline Watis kepada Insp. Milawati Lundu.

PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan mengadakan majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (KBIPS) yang menyaksikan ASP Adeline Watis menyerahkan tugas secara rasmi kepada Insp. Milawati Lundu hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Barry William, berkata majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IPD Padawan itu merupakan sebahagian daripada kesinambungan kepimpinan bagi memastikan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard terus berfungsi dengan berkesan.

Menurut beliau, majlis tersebut turut dihadiri ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai, pegawai kanan polis serta warga IPD Padawan.

Pada majlis itu, Barry turut merakamkan penghargaan kepada Adeline yang akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di IPD Padawan.

Beliau turut mendoakan agar Adeline terus cemerlang dalam menggalas amanah dan melaksanakan tanggungjawab di tempat baharu, selain berharap proses serah terima tugas tersebut dapat memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan profesional kepada masyarakat.

Oleh Connie Chieng