Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas raikan Awal Muharam dengan program ilmu
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas raikan Awal Muharam dengan program ilmu

Utusan Sarawak 14 hours ago
SAKINAH BERINTEGRITI…Program sambutan Awal Muharram IPD Lawas penuh dengan pengisian kerohanian yang baik.  

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah menganjurkan Program Ceramah Awal Muharam 1448H bertemakan ‘Hijrah Membina Keluarga Sakinah dan Masyarakat Berintegriti’ bertempat di Surau IPD Lawas, malam tadi.

Program berkenaan disertai seramai 66 peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP), Pegawai Awam Polis (PAP), ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta masyarakat setempat.

Ia turut diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Mohamad Syahir Mohamad dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengisian program dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah, diikuti solat berjemaah Maghrib dan Isyak, ceramah agama, penyampaian cenderamata kepada penceramah serta penyerahan sumbangan kepada anak-anak istimewa (OKU).

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan penghayatan terhadap peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, memupuk semangat muhasabah dan perubahan diri, memperkukuh nilai integriti serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Lawas, keluarga dan komuniti setempat.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan dalam kenyataannya berkata, program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta. Beliau berharap pengisian yang disampaikan dapat memberi manfaat dalam membentuk keluarga sakinah serta masyarakat yang berakhlak mulia dan berintegriti.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Wayar putus di laluan Klinik Kesihatan Bekenu bimbangkan pengguna jalan raya
Next: Perpaduan dan warisan budaya perlu terus dipelihara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.