
LAWAS: Seramai 55 pegawai dan anggota, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) serta Pegawai Awam Polis (PAP), menghadiri program panggil nama, lafaz ikrar dan nyanyian lagu Negaraku.
Program rasmi tersebut melibatkan panggil nama, lafaz ikrar dan nyanyian lagu kebangsaan telah berlangsung dengan tertib dan lancar di Dewan Serbaguna IPD Lawas, pagi semalam

Ketua Polis Daerah (KPD) Lawas, DSP Liong Tindan, merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota atas komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas, termasuk ketika minggu lalu dan sepanjang cuti umum.
Beliau turut menekankan beberapa perkara penting termasuk pengurusan cuti semasa musim perayaan seperti Gawai dan Hari Raya Haji, keperluan hebahan nombor telefon IPD Lawas di kawasan kampung bagi memudahkan orang awam menghubungi pihak polis dengan segera.

Selain itu, beliau mengingatkan warga IPD agar mengamalkan penjimatan penggunaan elektrik, memberi perhatian terhadap isu penggunaan minyak kenderaan, serta memastikan pengurusan lokap dan pemantauan kesihatan orang kena tahan (OKT) dilaksanakan dengan baik.
Aspek kebersihan kawasan IPD, balai polis dan kuarters turut diberi penekanan, di samping kepatuhan berterusan terhadap arahan pucuk pimpinan.
Oleh Adeng Edrus