Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Institusi awam, swasta perlu bekerjasama perkasa sektor kesihatan negara
  • SEMASA

Institusi awam, swasta perlu bekerjasama perkasa sektor kesihatan negara

Utusan Sarawak 6 months ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) pada sesi temu bual bersama hos Sherkawi Jirim ketika menjadi tetamu Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, baru-baru ini. Institusi awam dan swasta harus sama-sama berperanan memperkasakan sektor perkhidmatan kesihatan di negara ini, kata Menteri Kesihatan dalam program tersebut. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Institusi awam dan swasta harus sama-sama berperanan memperkasakan sektor perkhidmatan kesihatan di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pergantungan kepada fasiliti kesihatan disediakan oleh kerajaan semata-mata akan menyebabkan institusi itu terbeban dengan permintaan orang ramai yang inginkan rawatan.

“Saya mahu institusi awam dan swasta dapat sama-sama memainkan peranan. Kalau kita hanya bergantung kepada fasiliti kerajaan sahaja untuk mendapatkan rawatan maka ia akan tambah terbeban dan sesak.

“Jadi, saya juga mahukan pihak swasta membangunkan fasiliti mereka dengan sesuatu yang bersifat baik dan pada kadar yang berpatutan, maknanya mereka juga mesti memastikan bahawa tekanan inflasi dari sudut kos rawatan di pihak swasta dapat diimbangkan, jangan terlalu mahal,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika menjadi tetamu Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata, inisiatif alih daya yang dilaksana oleh Kementerian Kesihatan bukan sahaja membantu dari segi mengatasi masalah kesesakan pesakit sebaliknya ia juga lebih munasabah berbanding kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar untuk membina fasiliti baharu.

“Kita tidak boleh terus bina dan bina. Untuk mengurangkan masa menunggu bagi mendapatkan rawatan, kita izinkan pihak swasta menawarkan perkhidmatan kepada kami. Pada masa sama, mereka juga perlu pastikan harga itu sesuai dengan kami.

“Kalau anda kurangkan untung, anda akan dapat volume (bilangan pesakit). Akhirnya, keuntungan anda akan juga tinggi. Kalau kita nak bina pusat jantung, ia memakan belanja yang besar. Jadi munasabah untuk alih daya,” katanya sambil menambah tidak timbul isu kartel menerusi inisiatif itu.

Dr Dzulkefly berkata ketika ini, terdapat 91 hospital swasta yang memberikan perkhidmatan kepada kerajaan dengan harga yang dikenakan adalah mengikut ketetapan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Letupan di Lubnan: Enam anggota MALBATT cedera ringan – ATM
Next: WIM Malaysia Chapter rai wanita, pemimpin cemerlang dari 23 negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.