Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Insiden tembakan berlaku di Sibu
  • JENAYAH

Insiden tembakan berlaku di Sibu

Utusan Sarawak 4 months ago

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili

SIBU: Orang ramai dikejutkan dengan bunyi letupan kuat di hadapan sebuah rumah di Jalan Lada, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, polis menerima laporan awam berhubung kejadian itu pada 1.54 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian, mendapati telah berlaku satu kejadian melepaskan tembakan menggunakan senjata api. 

“Sebanyak empat das tembakan dilepaskan menyasarkan ke arah sebuah rumah dan sebuah kereta milik mangsa. Kejadian ini tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya menerusi siaran media, sebentar tadi.

Katanya, suspek dipercayai lebih daripada seorang menaiki sebuah kereta Toyota Vios warna hitam.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960/427 Kanun Keseksaan, melepaskan tembakan dan khianat merosakkan harta. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Zulkipli menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian, untuk tampil menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

“Mereka juga boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Kes, Insp Muhammad Abu Bakar Roshidi (012-8774241) bagi membantu siasatan,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Rondaan cegah jenayah di Sibu dengan pembabitan komuniti
Next: Mandur rugi hampir RM250,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.