HENRY B SIYU
MUKAH: Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap sebagai yang terbaik untuk semua rakyat.
Menurut pengusaha kedai pencetakan di bandar ini Millenium Creative Solutions, Norazryna Abdul Rahman, ia menunjukkan betapa prihatinnya beliau terhadap kebajikan rakyat jelata.
“Ia adalah terbaik untuk semua rakyat. Kita tidak malu kepada dunia.Kalau kita tinjau di beberapa negara lain, rakyat mereka tidaklah senasib kita. Kita mesti banyak bersyukur dengan limpahan rezeki yang ada,” ujarnya.
Menyentuh mengenai pakej bantuan `Prihatin Tambahan’ yang diumumkan baru-baru ini dan menunjukkan peningkatan RM7.9 billion daripada RM5.9 kepada RM13.8 billion,katanya, adalah sesuatu yang amat menggembirakan bagi mereka selaku usahawan PKS.
“Saya selaku penguasa tempatan dalam bidang percetakan (Millennium Creative Solutions) di Mukah amat mengalukan inisiatif kerajaan ini, dan ia telah memberi kelegaan kepada kami semua,” kata dialagi.
Justeru, dengan secara terbuka Norazryna menyatakan beliau layak untuk mendapat subsidi upah yang termaktub dalam Prihatin Tambahan itu.
“Millennium Creative Solutions layak menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja selama 3-6 bulan. We are very happy. We have no word to say! “cried my staff with joy upon hearing this initiative” Kami sangat gembira, tak ada perkataan yang boleh diungkapkan, teriakan kegembiraan staf-staf saya apabila mendengar inisiatif ini,tambah dia dengan penuh kesyukuran.
Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan kebawah akan menerima bantuan subsidi upah tertakluk dengan tahap gaji.
Justeru, dia memberi penghargai kepada pimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mengutamakan kebajikan rakyat semasa negeri dan negara dilanda krisis sekarang.
“Kerajaan baru di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri yang baru dan kerajaan negeri dibawah pimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak adalah satu gandingan yang mantap, terutama sekali dalam menyelesaikan masalah rakyat dan harapan kita seterusnya semestinya gejala Covid-19 ini akan berakhir dengan secepat mungkin,” ujarnya lagi.