Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif STEAM melalui Hari Selamatkan Katak tarik minat pelajar
  • Utara
  • WILAYAH

Inisiatif STEAM melalui Hari Selamatkan Katak tarik minat pelajar

Utusan Sarawak 6 hours ago
KESEDARAN ALAM SEKITAR…Warga SMK Medamit yang menjayakan Program Hari Selamatkan Katak 2026. 

LIMBANG: Program Hari Selamatkan Katak 2026 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan amfibia, khususnya katak, selain memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).

Program yang berlangsung baru-baru ini disertai sekitar 600 pelajar dan guru.

Dalam kenyataan hari ini, SMK Medamit memaklumkan program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga keseimbangan ekosistem serta memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap pembangunan kemahiran sosial, komunikasi dan daya saing dalam kalangan pelajar selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, pelaksanaan program berkenaan merupakan inisiatif bersepadu dalam memperkasa pendidikan STEM melalui pendekatan yang lebih interaktif dan kontekstual.

Pelbagai aktiviti yang dirancang bukan sahaja menarik minat pelajar, malah menggalakkan penglibatan aktif melalui pembelajaran berasaskan pengalaman.

Program itu turut diserikan dengan tiga aktiviti utama bersama sekolah saluran, iaitu Kuiz Selamatkan Katak, Seni Kolaj Katak dan Eksplorasi Katak.

Sebanyak sembilan sekolah saluran mengambil bahagian, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang, SK Ukong, SK Tanjong, SK Kuala Medalam, SK Melaban, SK Bukit Batu, SK Nanga Medamit, SK Ulu Lubai dan SK Nanga Merit.

“Penyertaan aktif daripada sekolah-sekolah ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan pendidikan alam sekitar dan STEAM dalam kalangan warga pendidik serta pelajar,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, aktiviti yang dijalankan bukan sahaja berteraskan konsep STEAM, malah disepadukan dengan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

“Program ini juga merupakan sebahagian daripada Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP), apabila kebanyakan hasil kerja pelajar dihasilkan dalam Bahasa Inggeris.

“Pendekatan ini dilihat mampu meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar di samping mengukuhkan kefahaman terhadap konsep sains dan matematik secara lebih berkesan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, program Hari Selamatkan Katak 2026 mencapai objektif penganjurannya dengan cemerlang dan diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi yang peka terhadap kelestarian alam sekitar serta berdaya saing dalam bidang STEAM di peringkat global.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Loji Salim capai 68.24 peratus, siap sebahagian Disember ini
Next: SMK Tudan hampir siap, dijangka beroperasi Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.