Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar diumum dalam masa terdekat – Annuar
  • ADVERTORIAL

Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar diumum dalam masa terdekat – Annuar

Utusan Sarawak 3 years ago

LUANGKAN MASA… Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (tiga, kanan) beramah mesra bersama kakitangan Digital Nasional Berhad (DNB) ketika mengadakan lawatan ke DNB di Menara TRX di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif DNB Ralph Marshall dan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara akan diumum dalam masa terdekat,kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau menerusi catatan di Twitter dan Facebook berkongsi mengenai lawatan beliau ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini untuk mendapatkan taklimat status terkini pelaksanaan projek 5G negara.

“Seperti biasa saya akan melihat dengan dekat mengenai status terkini pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual.

“Saya akan buat beberapa pengumuman dalam masa terdekat berhubung inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara,”katanya di laman rasmi Facebooknya.

DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 antaranya untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Nombor telefon, data peribadi kini paling berharga
Next: • BERITA TIDAK BENAR Jejaskan bekalan minyak masak bersubsidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.