Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • Industri perfileman negara berpotensi besar, harus disemarakkan
  • ADVERTORIAL

Industri perfileman negara berpotensi besar, harus disemarakkan

Utusan Sarawak 3 years ago

TUMPUAN … Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan ketika hadir
menyaksikan Tayangan Eksklusif Filem Air Force The Movie “Selagi Bernyawa”, semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Industri perfileman negara mempunyai potensi yang besar dan harus disemarakkan melalui penerbitan filem secara kerjasama antara  pemain industri  tempatan  dengan penggiat industri antarabangsa yang lebih berpengalaman, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. 

Katanya, langkah itu akan mampu mempercepatkan  nama industri perfileman negara diangkat ke pentas global.  

“Kita tidak boleh berasa cukup dengan keadaan seperti biasa. Kita perlu terima hakikat dan realiti yang industri kreatif terutamanya perfileman mempunyai potensi yang sangat besar” katanya pada tayangan khas  filem “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” di sini, malam kelmarin.

Menurut Annuar jalan cerita sesebuah filem juga harus memastikan ianya dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat dalam memperluaskan pasaran filem itu.

“Kita satu Keluarga Malaysia. Besarkanlah pasaran bukan sahaja mengikut segmen kaum  supaya kita dapat pasaran yang lebih besar,” katanya. 

Menurut Annuar , K-KOMM akan mengusahakan apa sahaja untuk memajukan industri perfileman negara termasuk melakukan beberapa perubahan dasar sekiranya diperlukan.

“Saya berharap Menteri Kewangan dalam belanjawan akan datang  ada beberapa pengumuman tertentu untuk dijadikan pemangkin atau ‘catalyst’ kepada industri perfileman dan industri kreatif,” katanya.

Mengenai tayangan semalam, Annuar berkata filem berkenaan adalah unik kerana penonton berpeluang menyaksikan aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia dan berjaya melahirkan semangat patriotisme secara kreatif.

“Dalam filem, selain daripada hiburan, yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kawal harga ayam, utamakan bekalan mencukupi
Next: KKM bentuk masyarakat harmoni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.