Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia tahan dua bot berdaftar Malaysia, tangkap ikan secara haram
  • GLOBAL

Indonesia tahan dua bot berdaftar Malaysia, tangkap ikan secara haram

Utusan Sarawak 2 years ago
Dua bot dikesan di koordinat 03º07’814”N-100º41’911”E dan 03º07’501”N-100º41’426”E, masing-masing pada 3.15 pagi Khamis disyaki menggunakan peralatan penangkapan ikan yang dilarang, yang amat merosakkan.

JAKARTA: Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia menahan dua bot nelayan yang berdaftar di Malaysia yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan wilayahnya di Selat Melaka.

Kedua-dua bot itu dikesan semasa rondaan di koordinat 03º07’814”N-100º41’911”E dan 03º07’501”N-100º41’426”E, masing-masing pada 3.15 pagi Khamis.

Lapan kru warga Indonesia ditahan, 1.4 tan ikan dirampas manakala peralatan pukat tunda dirampas, menurut Ketua Pengarah Sumber Marin dan Perikanan Laksamana Muda Dr Adin Nurawaluddin.

“Disyaki kedua-dua bot ini menggunakan peralatan penangkapan ikan yang dilarang, yang amat merosakkan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mereka telah dibawa ke Pemantauan Sumber Marin dan Perikanan Dumai di Riau untuk siasatan lanjut. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tokyo keluar amaran strok haba tahap tertinggi
Next: Indonesia: Gabenor Bali minta pelajar berhenti tonton Upin & Ipin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.