Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia sedia campur tangan dalam pasaran bon untuk sokong rupiah
  • GLOBAL

Indonesia sedia campur tangan dalam pasaran bon untuk sokong rupiah

Utusan Sarawak 3 hours ago

JAKARTA: Indonesia bersedia untuk campur tangan dalam pasaran bon bagi menstabilkan hasil bon kerajaan dan mengurangkan tekanan ke atas rupiah, yang melemah kepada sekitar 17,500 berbanding dolar US.

Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata, campur tangan itu akan dibuat melalui dana penstabilan bon (BSF) selain menggunakan sumber bajet yang ada dan mungkin melibatkan pembelian balik bon.

“Kami akan mula membantu bank pusat esok, mungkin dengan memasuki pasaran bon,” katanya seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Antara.

Rupiah ditutup pada 17,529 berbanding dolar US semalam, jatuh 0.66 peratus daripada hari sebelumnya.

Pada pagi Rabu, rupiah mengukuh sebanyak 14 mata atau 0.08 peratus kepada 17.515 berbanding dolar US.

Purbaya berkata Bank Indonesia mempunyai kapasiti untuk mengekalkan kestabilan mata wang tetapi kerajaan akan bertindak untuk menghalang hasil bon kerajaan daripada meningkat terlalu mendadak.

“Kami menguruskannya supaya modal asing tidak mengalir keluar atau, sebaliknya, ia mengalir masuk apabila hasil bertambah baik. Ini akan mengukuhkan rupiah,” katanya.

Katanya, kedudukan fiskal kerajaan kekal terjamin walaupun dagangan rupiah melebihi andaian kadar pertukaran yang ditetapkan dalam belanjawan negeri 2026, sambil menyatakan bahawa simulasi rasmi telah mengambil kira senario kadar pertukaran yang lebih tinggi.

Pada Isnin, beliau memberitahu kerajaan pada mulanya akan bergantung kepada sumber pembiayaan dalaman seperti rizab tunai dan baki belanjawan berlebihan, yang dikenali sebagai Saldo Anggaran Lebih (SAL) bagi menyokong pasaran bon, manakala mekanisme penuh BSF melibatkan syarikat tujuan khas dan institusi lain yang masih belum diaktifkan.

Beliau menjangkakan ekonomi Indonesia berkembang lebih 5.5 peratus pada suku ketiga dan keempat 2026, dengan kerajaan menyasarkan pertumbuhan menghampiri enam peratus.

Bagi menyokong sasaran ini, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan insentif bagi pembelian 100,000 kereta elektrik dan 100,000 motosikal elektrik mulai Jun.

Insentif untuk motosikal elektrik akan berjumlah Rp5 juta seunit, manakala kereta elektrik akan menerima insentif cukai nilai tambah (VAT) yang ditanggung kerajaan antara 40 hingga 100 peratus, bergantung kepada jenis bateri yang digunakan.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melibatkan industri berorientasikan eksport seperti tekstil, perabot dan kasut untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan melalui Agensi Pembiayaan Eksport Indonesia (LPEI). – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bagaimana jika semua nyamuk dihapuskan?
Next: Jepun guna robot serigala tangani ancaman beruang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.