Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia rancang wujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu
  • GLOBAL

Indonesia rancang wujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia merancang untuk mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu tahun ini bagi meningkatkan daya tahan marin, memelihara alam sekitar dan menyokong pertumbuhan ekonomi, menurut seorang pegawai kanan, semalam.

Kementerian itu komited untuk memperkukuh pengurusan karbon biru dan meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan konservasi, kata Ketua Pengarah Perancangan Ruang Laut kementerian berkenaan, Kartika Listriana.

“Kami akan mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu pada 2025,” umum beliau pada satu sidang media, lapor Xinhua.

Listriana menjelaskan bahawa rancangan itu selaras dengan perancangan ruang laut yang mampan.

“Penyepaduan perancangan ruang laut adalah penting bagi memastikan penggunaan laut dijalankan secara bertanggungjawab, mampan dan adil untuk semua pihak, termasuk komuniti pesisir dan generasi akan datang,” katanya.

Terdahulu, kementerian itu melaporkan keluasan kawasan konservasi di Indonesia telah mencecah 29.9 juta hektar pada tahun lepas. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Teo adakan mesyuarat dua hala di Brunei
Next: Trump mahu hidupkan semula Hollywood dengan tarif filem 100 peratus  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.